HAPPY TEACHER'S DAY
Baru-baru ini pada 16 Mei 2008, sambutan Hari Guru telah diadakan di sekolah. Pelbagai gelagat dan tingkah laku yang mencuit hati dapat disaksikan. Semua guru dan murid sangat enjoy pada hari tersebut. Ada juga yang menyediakan kek yang enak, lazat, berkhasiat dan sudah tentunya berkalori tinggi. Namun, yang pentingnya ialah mesej meraikan Hari Guru itulah yang lebih penting.
Kalau diikutkan memang banyak perkara yang hendak diselitkan di sini, dari gambarnya hinggalah ke videonya sekali. Nakun apakan daya, bekerja dalam suasana serba kekurangan, ini aje le yang mampu teman ceritakan dalam blog hari kedua ini.
Tapi tak sangka juga dalam serba kekurangan pun dapat juga menghasilkan blog ini. Terima kasih tak terhingga kepada semua fasilitator terutamanya Cik Ogy kita yang sanggup melayan kerenah cikgu-cikgu yang ada kalanya lebih kurang bebudak jugak.
bye bye