Thursday, June 12, 2008

hari kedua menulis blog

Hari ini hari kedua blog ditulis. Kisah hari ini adalah tentang sekolah tempat tempat saya bertugas. Sekolahnya terletak di daerah Perak Tengah, nun di Lambor Kanan. Alamat rasmi ialah SK Telok Bakong, 32900 Lambor Kanan, Perak.

SELAMAT DATANG KE SK TELOK BAKONG,
32900 LAMBOR KANAN, PERAK.
Seramai 22 orang guru bertugas di sini. Muridnya berjumlah 234 orang. SK Telok Bakong merupakan sebuah sekolah luar bandar. Walaupun begitu, SK Telok Bakong tetap cemerlang dan terbilang. Diharapkan SK Telok Bakong akan terus maju menghadapi cabaran.


HAPPY TEACHER'S DAY


Baru-baru ini pada 16 Mei 2008, sambutan Hari Guru telah diadakan di sekolah. Pelbagai gelagat dan tingkah laku yang mencuit hati dapat disaksikan. Semua guru dan murid sangat enjoy pada hari tersebut. Ada juga yang menyediakan kek yang enak, lazat, berkhasiat dan sudah tentunya berkalori tinggi. Namun, yang pentingnya ialah mesej meraikan Hari Guru itulah yang lebih penting.


Kalau diikutkan memang banyak perkara yang hendak diselitkan di sini, dari gambarnya hinggalah ke videonya sekali. Nakun apakan daya, bekerja dalam suasana serba kekurangan, ini aje le yang mampu teman ceritakan dalam blog hari kedua ini.

Tapi tak sangka juga dalam serba kekurangan pun dapat juga menghasilkan blog ini. Terima kasih tak terhingga kepada semua fasilitator terutamanya Cik Ogy kita yang sanggup melayan kerenah cikgu-cikgu yang ada kalanya lebih kurang bebudak jugak.


bye bye















2 comments:

skpj said...

Kira ok la tu...
Good try..
Takde resepi memasak ke?Share2 la..

Telok Bakong said...

dijemput join social Network SKTB di

http://sekolahtelokbakong.ning.com/